skjengka18

 Murid/Pelajar


 Berita


 Pautan Berguna





Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
MESEJ PENGUNJUNG

Pereka Laman 

amirscamp@gmail.com

Lokasi

  Sekolah ini mula dibuka pada tanggal 1hb Januari 1979 di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Jengka 18. Di peringkat awalnya Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 menempa beberapa kesulitan. Dengan tiada lagi bangunan tetap dan enam buah rumah peneroka dijadikan bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Murid-murid belajar hanya duduk bersila di atas lantai sahaja dan Pejabat Guru Besar ditempatkan di Balai Raya Felda Seroja (Jengka 18). Permulaan persekolahan Cuma ada 341 orang murid dengan mempunyai 11 orang tenaga pengajar yang kebanyakannya guru sementara. En. Harun bin Ab. Rahman adalah Guru Besar pertama yang bertanggungjawab menerajui serta merintis jalan kearah kemajuan Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18. Pada itu sekolah ini dibawah pengawasan PPD Temerloh.

 

      Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 telah diperuntukkan tanah seluas 3.6 ekar. Mendapat sebuah bangunan diperingkat awalnya, kini berada di ambang pembangunan dalam usaha
menjadikan sekolah sebagai tempat perkembangan minda masyarakat baru masa kini. Ramai dari bekas pelajarnya telah berjaya dan memasuki Institusi Pengajian Tinggi.Pelbagai pihak telah sama-sama menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membantu keperluan pelajar-pelajar sekolah ini terutamanya melalui PIBG. Semua pihak sentiasa memberikan kerjasama contohnya dalam membina bilik-bilik darjah, astaka, tandas, surau, gajah menyusur dan pondok bacaan.

 

TAQWIM SK JENGKA 18


INFO SOLAT


 

INFO TERKINI

JUMLAH PELAWAT

Free Counters
Free Counters

Statistik Pengunjung

Penafian
Portal SK Jengka 18,tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal web ini.

SK Jengka 18,Bandar Jengka,26400 Pahang
skjengka18_9138@yahoo.com.my
Make a Free Website with Yola.