skjengka18

 Murid/Pelajar

 


 Berita



Pautan Berguna




Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan

MESEJ PENGUNJUNG

Pereka Laman

amirscamp@gmail.com

Lokasi

Kata-kata aluan Guru Besar 



Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Allah Pencipta sekalian alam.Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Tahun 2010 bermula. Saya mengajak semua guru dan kakitangan di SK.LKTP Jengka 18 ini memperbaharui azam dan semangat untuk membawa sekolah ini ke arah yang lebih cemerlang. Setiap individu hendaklah sentiasa berusaha serta melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi. Dengan itu marilah kita sama-sama berdoa semoga segala tugas dan tanggungjawab yang kita laksanakan bukanlah untuk kepentingan diri semata-mata, tapi juga untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Tugas seorang pendidik merupakan satu cabaran yang amat besar. Saya penuh yakin sekiranya tugas ini dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kita akan mendapat kejayaan serta dikira sebagai ibadat jua. Pihak sekolah telah menjadikan satu konsep bahawa Mutu Disiplin yang tinggi boleh menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Dengan itu pihak sekolah sebelum menjalankan sesuatu prigram/aktiviti aspek disiplin diutamakan supaya suasana dan keadaan yang sentiasa berdisiplin dan berdasarkan nilai-nilai murni seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Guru-guru hendaklah meletakkan tugas mendidik lebih penting daripada perkara-perkara peribadi. Keselamatan murid-murid sentiasa diutamakan dalam apa jua keadaan.. Akhir kata marilah sama-sama kita berganding bahu serta bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita secara lebih berkesan dalam suasana yang harmoni. SELAMAT MAJU JAYA.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Sekian Terima Kasih.


(ASIAH BT MUSTAFA)
Guru Besar
SK LKTP JENGKA 18


TAQWIM SK JENGKA 18


INFO SOLAT


 

JUMLAH PELAWAT

Free Counters
Free Counters
Penafian
Portal SK Jengka 18,tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal web ini.

SK Jengka 18,Bandar Jengka,26400 Pahang
skjengka18_9138@yahoo.com.my
Make a Free Website with Yola.